Monday, January 19, 2009

Saya orang baru

Setelah berpuluh-puluh staf UiTM menceburi bidang blog ini, tibalah turn saya untuk muncul di dalam ruangan siber ini. Mudah-mudahan, segala idea dapat dikongsi bersama. Sebagai penulis blog baru, saya merasakan bahawa blog merupakan midium yang cukup baik untuk dilontarkan pandangan peribadi terhadap sesuatu isu. Saya memilih tema untuk fikus saya ialah ISLAM BEGITU, KENAPA KITA BEGINI? apabila saya melihat apa yang berlaku dalam masyarakat Islam, di mana ramai umat Islam tahu akan kehendak Islam dan tahu pula kesudahannya, tetapi mereka tidak berbuat selaras sepertimana yang mereka tahu. Persoalannya apa sebabnya......saya perlukan pendapat kawan-kawan semua yang prihatin seperti saya........